fbpx

Straits teroka landskap digital 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif Straits CommNet, Sunny Ho Khin Choy

PETALING JAYA – Syarikat peneraju bunker minyak terkemuka negara, Straits Energy Resources Berhad (Straits) mengukuhkan kehadirannya dalam landskap 5G dengan melantik pakar telekomunikasi, Sunny Ho Khin Choy untuk menerajui anak syarikat tidak langsungnya, Straits CommNet Solutions Sdn. Bhd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Khin Choy, yang sebelum ini pernah mengetuai pelbagai bahagian penting dalam Digital Nasional Berhad, Edotco, Nokia Malaysia dan Ascom akan memimpin usaha Straits ke dalam ruang digital yang dipacu 5G dan Internet of Things (IoT) dalam industri minyak dan gas (O&G) serantau.

Dengan pencapaian selama 30 tahun dalam bidang telekomunikasi dan transformasi digital, beliau mempunyai rekod prestasi terbukti dalam jualan serantau, permulaan perniagaan dan pemulihan, pengurusan projek serta pemasaran dan penjenamaan produk, terutamanya dalam industri mudah alih, tanpa wayar dan ketersambungan.

Awal bulan lalu, Straits turut melantik seorang lagi veteran dengan 32 tahun pengalaman dalam industri tekonologi maklumat, John Ho Soon Choy sebagai Ketua Pegawai Operasi Straits CommNet berkuat kuasa 3 Januari 2022.

Pengarah Urusan Straits, Datuk Seri Ron Ho Kam Choy berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengalu-alukan kedua-dua lantikan baharu tersebut ke dalam pasukan pengurusan, yang dijangka bakal meletakkan syarikat pada landasan pantas untuk bertapak kukuh dan mantap dalam pasaran 5G dan IoT dalam O&G.

“Melalui penyertaan aktif kami dalam industri O&G, kami mendapati terdapat banyak peluang yang kurang dimanfaatkan dari segi pendigitalan dan IoT.

“Dengan banyak proses dan fungsi terus dilaksanakan secara tradisional atau didigitalkan pada kadar minimum, Straits mahu menjadi pencetus perubahan dengan menggabungkan teknologi didayakan 4G dan 5G seperti IoT ke dalam proses harian dalam industri bagi meningkatkan produktiviti dan menjadikan proses lebih cekap,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI