fbpx

Ratu kartel Brazil terselamat selepas ditembak 20 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Camila dituduh menjalankan aktiviti mengedar dadah, pengubahan wang haram dan perniagaan haram lain. – Newsflash

CURITIBA, BRAZIL – Seorang jelitawan bergelar  ‘Ratu Kartel’ di Brazil terselamat daripada ajal selepas ditembak berkali-kali dalam satu serangan di kediamannya yang dipercayai dilakukan sebagai percubaan untuk membunuhnya, lapor akhbar The Sun semalam.

Camila Marodin atau nama samarannya  Traffic Cutie, dituduh menjalankan aktiviti mengedar dadah, pengubahan wang haram dan perniagaan haram lain.

Ketika kejadian, dia baru pulang ke kediamannya di bandar Curitiba selepas membeli-belah.

Wanita itu secara tiba-tiba ditembak dari sebuah kereta yang diletakkan  berhampiran rumahnya. Bagaimanapun, tiada satu pun peluru daripada 20 das tembakan yang dilepaskan mengenai dirinya.

Seorang rakannya bagaimanapun terkena tembakan tersebut dan dikejarkan ke hospital.

Berdasarkan rakaman video, kereta milik Camila dilihat memasuki laluan di hadapan rumahnya sebelum dia dan rakannya keluar dari kenderaan itu.

Kedua-duanya kemudian  cuba berlindung sejurus tembakan dilepaskan ke arah mereka.

Menurut laporan, Camila dipakaikan dengan gelang pengesanan pada bahagian buku lali serta sedang menjalani tempoh tahanan di rumah ketika kejadian tersebut.

Media tempatan melaporkan suaminya, mendiang Ricardo Marodin dibunuh ketika majlis sambutan hari lahir salah seorang anak mereka pada November tahun lalu, beberapa hari sebelum Camila ditangkap. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI