fbpx

JPJ pantau individu ‘selfie’ di Jalan Temiang – Pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan Temiang-Pantai akan dipantau JPJ.

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau Jalan Temiang-Pantai di sini yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk bergambar bagi memastikan keselamatan pengguna lalu lintas.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pemantauan berterusan bagi memastikan tiada pengguna berhenti di lorong kecemasan dan bergambar lebih-lebih lagi dalam jumlah kenderaan yang banyak.

“Tindakan (menghentikan kenderaan di lorong kecemasan) boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Apabila mereka berhenti secara berkumpulan boleh mengganggu kelancaran trafik selain menimbulkan panik kepada pemandu lain yang dikhuatiri boleh menyebabkan kemalangan,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial, sekumpulan individu daripada sebuah kelab kereta meletakkan kenderaan di lorong kecemasan kedua-dua arah di Jalan Temiang-Pantai untuk bergambar di jalan raya berkenaan.

Jalan Temiang-Pantai merupakan lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk merakam gambar kerana keindahan pemandangan di lokasi terbabit yang seakan ‘New Zealand’ di Malaysia.

Sehubungan itu, Hanif menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya supaya tidak menimbulkan kesukaran dan membahayakan pengguna lain. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI