fbpx

Gadis terima wang ‘panai’ RM145,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahra menerima wang panai daripada bakal suaminya ketika acara peminangan. – Beank

JAKARTA – Seorang gadis di  Luwu Utara, Sulawesi Selatan, menjadi tular di media sosial kerana menerima wang panai berjumlah 500 juta rupiah (RM145,344) ketika acara peminangan, lapor portal Wolipop semalam.

Wang panai merupakan wang tunai yang wajib diberikan oleh lelaki yang ingin memperisterikan gadis daripada  suku Bugis-Makassar ketika acara peminangan. Ia berbeza daripada mas kahwin ataupun  mahar.

Selain itu, turut diterima gadis tersebut adalah sebuah rumah, set berlian dan sebuah kereta.

Berdasarkan  hantaran yang dikongsikan di akaun Facebook @Beank Merkarnya Pattimang Selalu Bos, seorang wanita dilihat menerima wang panai tersebut daripada tunangnya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Pasangan tersebut mengenakan pakaian mengikut adat Bugis-Makassar dengan wang panai diletakkan di dalam sebuah kotak berwarna merah dengan dihiasi bunga kering.

Menurut pemilik akaun tersebut, Beank, wanita itu merupakan saudaranya yang bernama Zahra Rahmadani.

“Dia menerima wang panai berjumlah 500 juta rupiah (RM145,344), sebuah rumah, satu set berlian dan sebuah kereta. 

“Zahra amat gembira menerima wang panai tersebut,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI