fbpx

21 tahun Pretty Ugly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN PRETTY UGLY

SELEPAS sedekad lamanya, kumpulan terkenal Pretty Ugly kini muncul dengan buah tangan terbaharu berupa sebuah album yang diberi judul Pretty Ugly 21.

Membariskan 11 buah lagu, diskografi tersebut merupakan album kelima kumpulan yang ditubuhkan pada 1997 itu selepas Abstrak Versi Fantasi (2001), Trasnformasi Ke Stereo (2003), Rockaholic (2006) dan Darabkan Sejuta (2011).

Berlainan berbanding album-album terdahulu, Pretty Ugly 21 yang merupakan hak cipta dan edaran CD Bagasi Music sebenarnya rakaman semula lagu-lagu yang pernah berkumandang di radio mahupun televisyen.

Antara yang dimuatkan dalam album berkenaan adalah dendangan daripada CD Bagasi Honye, Francis Ford Coppola, Nanti, En. Ronald Moore dan Superstar.

Lebih menarik, dua buah lagu yang pernah menjadi runut bunyi filem juga dimuatkan dalam album tersebut iaitu Diari Seorang Lelaki (Sepi) dan Jika Diberikan Ku Satu Peluang (Tolong Awekku Pontianak).

SELEPAS sedekad, Pretty Ugly kembali menghangatkan industri muzik tempatan dengan album terbaharu mereka berjudul Pretty Ugly 21.

Tribute

Mencipta kelainan, Pretty Ugly 21 turut menyelitkan dua buah lagu istimewa yang mempunyai nilai sentimental buat kumpulan itu iaitu Jangan Kau Mimpi dan Dirimu Tetap Ku Cinta Walaupun Covid Melanda.

Lagu Jangan Kau Mimpi dirakam semula sebagai tribute buat Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada tahun lalu akibat Covid-19.

Untuk pengetahuan semua, Neves (vokalis Pretty Ugly) merupakan pencipta lagu dan penulis lirik serta penerbit untuk lagu Jangan Kau Mimpi yang terkandung dalam album Mimpi Pun Sama (2003).

Sementara Dirimu Tetap Ku Cinta Walaupun Covid Melanda pula merupakan sebuah lagu baharu berkisah tentang pendekatan sepasang kekasih menempuh dugaan hidup ketika pandemik melanda.

Lagu berkenaan sudah dipasarkan secara digital sejak tahun lepas Pendekatan memuatkan semula lagu-lagu tersebut dalam album terbaharu diambil kerana memikirkan, mungkin ada dalam kalangan peminat yang belum pernah mendengar atau tahu tentang kewujudannya karya tersebut.

MEMBARISKAN lagu-lagu popular yang dirakam semula, menurut Neves, album Pretty Ugly 21 turut memuatkan sebuah lagu tribute ciptaannya buat Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Jangan Kau Mimpi.

Menyepi

Mungkin ramai yang tertanya mengapa kumpulan itu sudah lama tidak merakamkan album baharu. Mungkinkah merajuk atau kecewa?

Sebenarnya kata Pretty Ugly, banyak single yang dirakamkan mereka sepanjang 10 tahun jarak antara album keempat (Darabkan Sejuta) dengan Pretty Ugly 21.

Antara lagu yang pernah dihasilkan mereka ialah Dia Milikmu, No. 1, Bongok dan Pasti Kau Milikku, namun hanya No.1 yang mendapat sambutan selain menjadi pemenang kategori Video Muzik Terbaik di Anugerah Industri Malaysia (AIM) 2014.

Kata Pretty Ugly, lagu Bongok pula tenggelam timbul selepas tajuknya dipersoalkan media tempatan ketika itu sehinggalah kemudian judulnya ditukar kepada B selepas tekanan dan desakan pelbagai pihak.

“Ya, kami agak kecewa. Disebabkan perkataan bongok, lagu tersebut seolah-olah digam dalam senyap walaupun ada potensi untuk menjadi hit.

“Teringat pula kisah lagu En. Ronald Moore yang digam RTM pada 2001. Disebabkan zaman itu tiada media sosial dan radio swasta bergantung dengan sistem halal haram ‘rakam khanah’, maka label terdahulu mengambil keputusan tidak mempromosikan lagu tersebut walaupun rakaman video muzik sudah selesai,” kata kumpulan itu.

Berbalik semula kepada album terkini mereka, nama yang diberi bukan sahaja sebagai simbolik untuk meraikan 21 tahun kumpulan itu dalam persada muzik arus perdana tanah air tetapi juga kerana dihasilkan pada tahun 2021.

Album Pretty Ugly 21 juga sebenarnya merupakan satu projek bawah Dana Inisiatif Pemulihan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) dan hanya dipasarkan secara digital buat masa ini sejak 31 Januari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI