fbpx

1,700 pengguna disaman kerana pandu laju di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Adli (kanan) memeriksa seorang pengguna ketika sekatan jalan raya di KM 35, Jalan Kuala Berang-Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Sebanyak 1,700 notis kompaun atas kesalahan memandu melebihi had laju di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Ops Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd. Adli Mat Daud berkata,
notis kompaun itu terlalu tinggi kerana hanya dikeluarkan bagi kesalahan di laluan LPT2 yang terletak di daerah berkenaan.

Beliau berkata, perkembangan itu amat dikesalkan kerana masih ramai pengguna gagal mematuhi peraturan had laju ditetapkan tanpa memikirkan ia boleh mengundang risiko kemalangan.

“Kita melakukan pemantauan di dua lokasi strategik yang kerap kemalangan iaitu di LPT 2 dan Kilometer 35 Kuala Berang-Ajil di sini yang merupakan jalan persekutuan.

“Kebanyakan kesalahan memandu melebihi had laju dibenarkan dikesan berlaku di LPT2 sehingga memaksa kita mengeluarkan notis kompaun kepada penggunanya,” katanya ketika mengetuai operasi bersepadu penguatkuasaan trafik di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Adli berkata, setakat ini, 13 kemalangan telah direkodkan berlaku di daerah ini sepanjang pelaksanaan Ops Selamat 17.

Jelas beliau, statistik tersebut agak melegakan kerana tidak melibatkan sebarang kemalangan maut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI