fbpx

Vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak diberikan secara sukarela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. NOOR AZMI GHAZALI (kanan) menyuntik dos kedua kepada seorang murid sekolah, Nur Zahirah Maisara Nurasmizi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Cina Triang 2 di Bera hari ini.

KUALA LUMPUR – Pemberian vaksin Covid-19 jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kanak-kanak atau PICKids adalah secara sukarela.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ibu bapa atau penjaga perlu memberi kebenaran bertulis bagi melayakkan anak mereka mendapat vaksinasi Covid-19.

“Sebagaimana vaksin dewasa dan remaja, vaksin Covid-19 kanak-kanak akan diberikan secara percuma kepada semua kanak-kanak yang tinggal di Malaysia tanpa mengira status kewarganegaraan mereka.

“Kementerian Pendidikan (KPM) turut bekerjasama dengan KKM dalam pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak menerusi pemberian secara jangkau luar di sekolah,” katanya semasa merasmikan Majlis Pelancaran PICKids di Hospital Tunku Azizah, di sini hari ini.

Selain itu juga Khairy Jamaluddin berkata, tiada syarat atau kelonggaran ditetapkan kepada penerima vaksin kanak-kanak berikutan pemberian vaksin tersebut adalah secara sukarela. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI