fbpx
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika seorang penjual bakso berpura-pura rebah ketika berdagang. - Instagram

Penjual bakso pura-pura jatuh motosikal untuk dapat derma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Satu rakaman video yang tular di media sosial, memaparkan senario seorang penjual bakso berpura-pura jatuh ketika sedang berniaga di simpang jalan, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dirakam menggunakan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik ke akaun Instagram bernama @memomedsos.

Menerusi video yang dikongsikan, seorang penjual bakso yang berniaga menggunakan motosikal dilihat sedang melalui simpang jalan tersebut.

Dia kemudian memerhati ke sekelilingnya sebelum berpura-pura jatuh bersama barang perniagaannya di atas jalan raya.

Lelaki berjaket coklat itu masih sempat mengubah kedudukan baldi hitam yang turut jatuh. 

Penduduk kemudiannya dilihat bersesak-sesak ke lokasi kejadian untuk membantu lelaki itu yang tiba-tiba pengsan dan tidak sedarkan diri.

Kejadian dikatakan berlaku di Kota Salatiga, Jawa Tengah.

Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki terbabit di ruangan komen.

“Dia harap tular dan banyak derma, tapi malu dilihat seluruh Indonesia,’’ tulis seorang netizen. – Agensi

POPULAR