fbpx

Kes aktif meningkat kepada 60,117 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes aktif terus meningkat dengan semalam mencatatkan sebanyak 60,117 kes, demikian maklumat pada laman web CovidNow.

Ia melibatkan 52,639 kes dikuarantin di rumah, 4,212 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,154 kes di hospital, 58 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 54 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Dalam masa sama, tujuh kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 31,992 kes serta tiada kematian dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 6,449 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian Covid-19 tersebut dilaporkan di Kelantan (2), Pahang (2), Johor (1), Negeri Sembilan (1) dan Terengganu (1). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI