fbpx

Ebit Lew kongsi gambar raya bersama Boss James

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit (kiri) bersama Boss James.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew hari ini berkongsi beberapa foto beliau bersama pengsohor YouTube berbangsa Cina dikenali sebagai Boss James.

Boss James merupakan peniaga dari sebuah syarikat motosikal terkenal di Lembah Klang begitu terkenal dengan video-video pendek yang menerapkan nilai moral dalam pengisiannya.

Ebit melalui media sosial Facebooknya berkata, Boss James selalu melihat beliau di Facebook dan sudah lama ingin bertemu mata dengannya.

“Hari ni saya beraya dengan Boss James. Katanya selalu tengok saya dekat Facebook dah lama nak jumpa. Membantu tanpa kira bangsa dan agama. Sayang pada semua.

“Saya pun selalu lihat video anak muda ini membawa nilai positif. Maju dalam perniagaan dan membantu orang lain.

“Nanti jumpa lagi ya. Katanya kaya bukan duit tapi suka menolong orang lain. Duit tidak bermakna tanpa memberi,” jelas Ebit. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI