fbpx

Pemandu mabuk dicekup provokasi, nyaris langgar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki mabuk yang ditahan cetus provokasi selepas nyaris melanggar polis.

KLANG – Tindakan seorang pemandu mabuk melakukan provokasi selepas nyaris melanggar anggota polis mengundang padah apabila dicekup di Persiaran Raja Muda Musa di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 1.50 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an yang memandu kereta BMW berkenaan dipercayai memandu laju dan sempat berhenti di sekatan jalan raya tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Rahmat Ariffin berkata, ketika kejadian sepasukan anggota polis trafik menjalankan Ops Mabuk di laluan itu bermula kira-kira pukul 11 malam tadi.

Katanya, suspek ditahan selepas didapati membuat provokasi dengan cuba menghalang tugas dan nyaris melanggar anggota polis.

“Selain menemui botol minuman keras di dalam kereta itu, hasil saringan kandungan alkohol lelaki berkenaan didapati melebihi had dibenarkan.

“Justeru, suspek diberkas dan dibawa ke Balai Polis Trafik Klang Selatan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas Rahmat, pemandu itu bagaimanapun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan sebanyak 35 saman dikeluarkan termasuk kesalahan tiada lesen memandu dan pengubahsuaian kenderaan hasil pemeriksaan terhadap 75 kenderaan.

“Tiga individu ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI