fbpx

Kebocoran gas ammonia, 463 pekerja terselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebocoran gas ammonia pada salah satu saluran paip di kilang tersebut.

KUALA SELANGOR – Tindakan pantas bomba menutup kebocoran ammonia di sebuah kilang memproses ayam di Bagan Tengkorak di sini, berjaya menyelamatkan nyawa 463 pekerja daripada terhidu gas itu, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1.10 tengah hari itu disedari pekerja kilang yang melihat kebocoran pada salah satu saluran paip di kilang tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.20 tengah hari.

“Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran pada saluran paip gas ammonia yang menghasilkan bau amat kuat.

“Bomba dengan pihak pengurusan kilang kemudian melakukan pemantauan menyeluruh dan menutup semua injap saluran gas tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas Norazam, ketika kejadian terdapat seramai 463 pekerja berada di kilang itu masing-masing 290 lelaki dan 173 wanita.

“Tindakan pengosongan segera dilakukan dan kesemua pekerja itu diarah keluar ke kawasan selamat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semuanya dalam keadaan selamat,” ujarnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI