fbpx

517,107 kanak-kanak bawah 12 daftar vaksin Pfizer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PUTRAJAYA – Seramai 517,107 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah berdaftar untuk suntikan vaksin Covid-19 Pfizer oleh ibu bapa masing-masing bagi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids).

Data sehingga semalam itu dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan ringkas pada Twitter beliau.

“Ia adalah 15 peratus daripada jumlah kohort 3.6 juta. Permulaan yang baik dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus menyampaikan manfaat untuk mendapatkan vaksin.

“Saya berharap hampir separuh kanak-kanak di Malaysia akan mendapat vaksin menjelang akhir Februari. Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) di bawah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali akan bekerja keras bersama Kementerian Pendidikan,” menurut ciapan tersebut di sini hari ini.

Pemberian vaksin untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun menerusi PICKids akan bermula esok dengan anggaran seramai empat juta kanak-kanak layak menerima vaksin jenis Comirnaty10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received