fbpx

250 kes Covid-19 berkaitan Olimpik Beijing dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas kesihatan menyembur cecair pembasmi kuman bagi mencegah penularan virus Covid-19 di sebuah lokasi acara ski menjelang Sukan Olimpik di Yanqing, kelmarin. – AFP

BEIJING – Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing menyaksikan peningkatan kes Covid-19 yang berkaitan dengan acara sukan tersebut, menjelang dua hari pembukaan temasya sukan itu,  United Press International kelmarin.

Menurut pegawai, pihak penganjur telah mengesan 250 kes Covid-19 berkaitan sukan Olimpik, termasuk 71 kes baharu sepanjang hujung minggu lepas sahaja.

Sebanyak 28 kes adalah melibatkan atlet atau pegawai pasukan dengan 20 daripadanya disahkan berdasarkan ujian dalam ‘sistem gelung tertutup’ yang dihadkan kepada individu yang terlibat dengan sukan Olimpik. 

Pengerusi pakar perubahan bagi Olimpik Beijing 2022, Brian McCloskey berkata, beliau meramalkan kes Covid-19 akan meningkat, sejajar dengan bilangan atlet yang tiba di Beijing bagi menyertai acara pembukaan temasya tersebut.

Beijing kini mencatatkan sekitar 36 kes purata sehari, meningkat dua kali ganda berbanding purata bagi tiga hari yang direkodkan dari 25 hingga 27 Januari lepas.

Angka tersebut adalah lebih tinggi berbanding bilangan jangkitan yang direkodkan ketika sukan Olimpik Musim Panas di Tokyo tahun lepas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI