fbpx

Wanita New Zealand hamil ditawar perlindungan oleh Taliban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHARLOTTE Bellis ditawarkan pelindungan oleh kerajaan Taliban selepas tidak dibenarkan memasuki negara asalnya untuk melahirkan anak. - Instagram

WELLINGTON – Seorang wartawan New Zealand yang mengandung tidak dibenarkan memasuki negara asalnya untuk melahirkan anak dan dia sebaliknya menyatakan bahawa kerajaan Taliban di Afghanistan menawarkan perlindungan kepada dirinya.

“Saya berasa seperti dikhianati,” katanya dalam satu wawancara bersama stesen Radio New Zealand semalam.

Charlotte Bellis bekerja untuk stesen berita Al Jazeera di Afghanistan di mana pasangannya yang merupakan seorang jurugambar, Jim Huylebroek turut ditempatkan.

Bagaimanapun, Bellis tidak menyedari dirinya hamil sehingga selepas die kembali ke ibu pejabat Al Jazeera di Doha, Qatar.

Adalah menjadi kesalahan untuk mengandung tanpa berkahwin di Qatar, justeru, Bellis merahsiakan kehamilannya ketika dia bersedia untuk pulang ke New Zealand.

Bagaimanapun, apabila dia tidak layak untuk mendapatkan pengecualian di bawah sekatan ketat sempadan New Zealand akibat Covid-19,  Bellis hanya boleh berlindung di Afghanistan kerana ia adalah negara lain yang dia dan pasangannya mempunyai visa untuk tinggal. 

Bellis kemudian menghubungi beberapa pegawai kanan Taliban dan diberitahu bahawa dia boleh bersalin di Afghanistan 

“Taliban memberitahu bahawa kami gembira untuk anda dan anda boleh datang tanpa sebarang masalah. Jangan bimbang kerana semuanya akan selamat,” kata Belis yang menyampaikan kata-kata pegawai Taliban dalam wawancara bersama akhbar New Zealand Herald. 

“Di saat saya memerlukan, kerajaan New Zealand meminggirkan saya,” tambahnya.

Dalam pada itu, pegawai-pegawai New Zealand menyatakan permohonannya yang sebelum ini ditolak kini masih dalam pertimbangan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI