fbpx

Tarik lori terbabas guna motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika seorang lelaki bertindak menarik lori terbabas menggunakan motosikal. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan beberapa pengguna jalan raya cuba membantu mengalihkan sebuah lori yang terbabas, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik menerusi akaun TikTok bernama @joni64031072857576.

Menerusi video yang dikongsikan, seorang lelaki berbaju biru sedang menggunakan sebuah motosikal dengan mengikat tali untuk menarik lori yang terbabas. 

Kemudian, dua lelaki lain dilihat menarik tali yang sama dalam usaha membantu menggerakkan lori tersebut.

Bagaimanapun, usaha yang dilakukan mereka tidak membuahkan hasil.

Kejadian itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Cuba dulu, pasti gagal,’’ tulis seorang netizen.

“Perkara pertama yang penting adalah kena yakin,’’ tulis netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI