fbpx

Polis Laos rampas 36 juta pil methamphetamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS Laos merampas 36 juta pil Methamphetamine ditemui bersama 590 kilogram kristal methamphetamine di bandar Huay Xai. - Wikimedia

HUAY XAI, LAOS – Polis Laos dilaporkan merampas sejumlah 36 juta pil methamphetamin sekali gus rampasan dadah kedua terbesar di Asia setakat ini, lapor laman berita The Thaiger kelmarin.

Rampasan terbesar dibuat pada Oktober tahun lalu.

Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan perkara tersebut awal kelmarin dengan menyatakan, rampasan itu menunjukkan terdapat perubahan dalam corak penyeludupan dadah di Asia Tenggara.

Dalam rampasan pada minggu lalu itu, 36 juta pil methamphetamine ditemui bersama 590 kilogram kristal methamphetamine di bandar Huay Xai. Polis turut merampas sepucuk senapang patah dan dadah jenis heroin dengan jumlahnya tidak didedahkan semasa serbuan malam hari pada Rabu lepas.

Pihak berkuasa mengesyaki pil dadah murah itu diseludup untuk dijual di Thailand dimana harga dadah menurun dibebaskan oleh lambakan bekalan. Bagaimanapun, methamphetamine asli itu dirancang untuk diseludup melalui Thailand dan dihantar ke Australia di mana ia boleh dijual pada harga lebih tinggi. 

Wakil Pejabat Hal Ehwal Dadah dan Jenayah  PBB serantau, Jeremy Douglas berkata, empat orang ditangkap berhubung rampasan dadah tersebut.

“Empat suspek yang diberkas adalah anggota sindiket berpangkat rendah. Mereka bukan raja dadah.

“Ini merupakan rampasan kedua terbesar pernah dibuat oleh Laos. Thailand tidak pernah melakukan rampasan sebesar ini,” kata Douglas.

Kawasan Segi Tiga Emas di Asia Tenggara meliputi sempadan Thailand, Myanmar dan Laos telah lama menjadi tempat bagi aktiviti penyeludupan dan penghasilan dadah serta aktiviti haram yang lain.

Namun sejak beberapa tahun dan bulan kebelakangan ini, jumlah barangan seludup yang melalui rantau itu semakin meningkat.

Akibat pandemik Covid-19 yang berterusan, pihak-pihak berkuasa telah memperketat kawalan sempadan, menyebabkan laluan asal untuk kegiatan penyeludupan telah berubah. Berikutan kejatuhan kerajaan Myanmar yang dipilih secara demokrasi dalam rampasan tentera hampir setahun lalu, negara itu kini dilanda ketidaktentuan sivil dan geopolitik.

Krisis kemanusiaan akibat kudeta itu bukan saja membuka peluang kepada peningkatan penyeludupan dadah, malah turut memindahkan laluan asal penyeludupan di  sempadan Thai-Myanmar di mana kawalan keselamatan berada pada tahap paling tinggi ke laluan baharu melibatkan sempadan Myanmar-Laos. 

Pada Oktober tahun lalu, polis Laos di rantau Segi Tiga Emas telah merampas 55 juta pil dadah Methamphetamine serta methamphetamine kristal seberat 1,360.78 kilogram dalam rampasan dadah yang dianggap oleh PBB terbesar di Asia pernah direkodkan. – Agensi/AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI