fbpx

Luahan Pembaca: Contohi TMJ jika mahu Malaysia layak ke Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJAYAAN JDT dalam arena bola sepak tempatan dan antarabangsa banyak didorong oleh sistem pengurusan profesional yang dipraktikkan dalam pasukan itu.

Saudara Pengarang,

Saya peminat bola sepak yang biasa-biasa sahaja. Kelab tempatan yang saya sokong ialah Melaka United, EPL (Liverpool), manakala La Liga (Real Madrid).

Saya tidak hafal semua nama-nama pemain dan posisi mereka kecuali beberapa sahaja yang terkenal dan banyak menjaringkan gol.

Apa yang saya tahu, saya akan suka jika mereka menang dalam setiap perlawanan dan sedih jika kalah.

Sikap profesional setiap pemain dan pengurusan kelab di luar negara membuatkan saya suka mengikuti perkembangan mereka.

Mereka lebih jujur bukan sahaja dari segi memberi komen dan ulasan, malah mempunyai pengetahuan yang luas.

Jika berlaku pertikaian, cepat sahaja diselesaikan dan mencari jalan damai secara profesional dan tidak terbawa-bawa dengan emosi dan serangan peribadi.

Walaupun saya sokong Melaka United, saya lebih suka cara pengurusan yang ditunjukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) di bawah kepimpinan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kejayaan JDT hari ini ialah atas kerja keras baginda dalam menaikkan nama kelab tersebut sehingga dikenali di dalam dan luar negara.
Seharusnya, semua pasukan perlu belajar dengan baginda bagaimana hendak menguruskan pasukan masing-masing dan bukannya mencari salah atau menuding jari seperti dalam isu pelantikan jurulatih skuad kebangsaan.

Bagi saya, orang hebat seperti Tunku Ismail sering menjadi bahan umpatan kawan dan lawan. Kaedah mengajar kita supaya mendengar apa yang diperkatakan dan bukan siapa yang memperkatakan.

Idea Tunku Ismail banyak yang bernas dan telah dibuktikan dengan kejayaan. Kalau asyik bertelagah, sampai bila-bila pun kita akan bermain pada pusingan kelayakan Piala Dunia sahaja.

Mencari Puteri,
Dengkil, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI