fbpx

KPDNHEP tidak abaikan penguatkuasaan di kawasan luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (dua dari kanan) memeriksa barangan yang dijual di salah satu premis perniagaan di Raub, Pahang hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak pernah mengabaikan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan di kawasan luar bandar.

Ia terbukti apabila 19 peratus atau 12,834 premis yang diperiksa bermula 1 hingga 28 Januari lalu membabitkan premis perniagaan di kawasan luar bandar.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, pada tahun 2021 pula, sebanyak 148,430 (17 peratus) daripada 865,086 premis telah diperiksa adalah terletak di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, ia sekali gus membuktikan aktiviti pemantauan dijalankan KPDNHEP bukan hanya berpusat di kawasan bandar sahaja.

“Kami menyedari kawasan luar bandar juga perlu diberikan keutamaan dalam melakukan pemantauan terutama bagi memastikan masyarakat luar bandar juga dapat menikmati bekalan keperluan asas mencukupi.

“Jarak perjalanan yang jauh, keadaan geografi dan akses untuk memasuki kawasan luar bandar tertentu yang sukar antara faktor menyebabkan bekalan keperluan asas di kawasan luar bandar ini kadangkala berdepan gangguan bekalan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, penguatkuasaan dan pemantauan berterusan di kawasan luar bandar juga penting bagi memastikan peniaga di kawasan luar bandar turut mematuhi semua perundangan yang dikuatkuasakan.

Azman berkata, peniaga di kawasan luar bandar juga perlu mematuhi peraturan tanda harga, alat timbang dan barangan subsidi bagi memastikan penyelewengan barang kawalan dan subsidi tidak berlaku. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI