fbpx

Britain edar pil Paxlovid rawat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej menunjukkan pil Paxlovid dihasilkan di sebuah makmal Pfizer di Freiburg, Jerman, pada 16 November 2021. – AFP

LONDON – Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial Britain mengumumkan bahawa negara berkenaan  akan mula mengedarkan pil antivirus kedua Covid-19, Paxlovid, kepada individu yang paling berisiko mendapat jangkitan teruk akibat wabak tersebut, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Pil PF-07321332+ritonavir atau lebih dikenali sebagai Paxlovid itu adalah  keluaran syarikat farmaseutikal, Pfizer. Ubat tersebut akan mula diedarkan di Britain  pada 10 Februari ini.

Ia merupakan ubat antivirus kedua yang digunakan oleh kerajaan Britain selepas molnupiravir. Negara itu telah membeli sebanyak 2.75 juta pil Paxlovid dan 2.23 juta pil molnupiravir setakat ini.

“Penggunaan pil antivirus ini adalah penting bagi sektor farmaseutikal ketika rakyat negara ini sedang belajar untuk hidup bersama wabak Covid-19.

“Britain sedang menerajui kaedah ini, terutamanya dalam penggunaan pil tersebut,” kata Setiausaha Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial, Sajid Javid dalam satu kenyataan akhbar.

Ujian-ujian klinikal yang dijalankan sebelum ini mendapati bahawa pil Paxlovid berkesan  mengurangkan risiko kemasukan ke hospital sebanyak 88 peratus.

Pihak berkuasa ubat-ubatan Kesatuan Eropah pada Khamis lalu turut mengeluarkan saranan bagi membenarkan Paxlovid digunakan bagi merawat Covid-19 dalam kalangan pesakit dewasa yang tidak memerlukan bantuan oksigen serta individu yang berisiko mendapat jangkitan teruk. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI