fbpx

2 tahun ‘berkurung’ sebab mulut orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thiya sangat menjaga bentuk badan agar kelihatan cantik.

Gadis tinggi lampai yang menghiasi ruangan Pesona Ahad minggu ini cukup menawan, biarpun mempunyai kerjaya sebagai akauntan dia tetap memasang impian mahu memiliki empayar perniagaan sendiri.
Bergelar model sejak di bangku sekolah, Nur Athiyah Hazirah Mohd. Jamil Puad, 27, atau lebih mesra dipanggil Thiya tidak leka dibuai kejayaan sebaliknya menjadikannya satu semangat untuk lebih maju.
Berkat doa ibu dan bapanya serta usaha yang kuat, lulusan perakaunan ini berkongsi bersama Kosmo! Ahad mengenai suka duka kehidupannya sehingga mencapai ke tahap sekarang.

Kosmo! Ahad: Ceritakan mengenai diri anda?
THIYA: Saya anak bongsu daripada tiga beradik dan merupakan perempuan tunggal. Thiya berasal dari Kedah, namun tidak pandai loghat utara. Seorang akauntan di sebuah syarikat swasta serta model sambilan.

Bagaimana boleh terlibat dalam dunia peragaan?
Seawal usia sembilan tahun bermula dengan iklan di majalah, daripada sekadar suka-suka kini ia jadi sebahagian sumber pendapatan Thiya.
Banyak kenangan manis dikecapi antaranya juara pertandi­ngan Miss Melaka 2018 dan peserta akhir bagi KWC Model Search 2020.

Thiya

Minat Thiya?
Saya suka cabar diri, keluar dari zon selesa dengan mula berlakon dan meng­acara. Sejak kecil kalau memerlukan pelakon dan model saya tidak malu tawarkan diri. Saya juga telah menjadi pengerusi majlis sejak di bangku sekolah. Bagaimanapun, kerjaya lakonan dan pengacaraan terhenti kerana kekangan kerja.

Rahsia kekal cantik, langsing?
Thiya amalkan pengambilan makanan tambahan, lengkap dari hujung rambut sampai hujung kaki. Selain itu, saya sangat cerewet tentang makanan, jika merasakan badan sudah naik, Thiya akan ‘puasa’ makanan berkarbohidrat. Sayur, buah dan lapan gelas air ‘peneman’ setia saya.

Ada pengalaman pihak yang dengki?
Ramai yang cuba jatuhkan Thiya, bercakap perkara buruk demi melihat diri ini jatuh. Namun, saya percaya konsep rezeki. Bagaimanapun, kerana mulut orang Thiya pernah tolak tawaran peragaan dan ‘berkurung’ selama dua tahun. Rasa rugi pula terikut perasaan.

Perancangan masa depan?
Membuka sebuah firma akaun serta butik perniagaan sendiri dalam masa terdekat.

Pesanan Thiya pada anak muda?
Percaya pada diri sendiri, jangan fikir apa orang kata, bila orang jatuhkan kita, bangun dan buktikan pada semua orang yang kita boleh bangkit semula, hidup untuk diri sendiri dan banggakan ibu bapa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI