fbpx

Zulin Aziz nikah 20 Februari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGACARA Zulin Aziz dan pasangan dan Farhan bakal melangsungkan perkahwinan 20 Februari depan.

PETALING JAYA – Selepas dua tahun berkenalan dan menjalinkan hubungan sebagai rakan kongsi perniagaan, pelakon dan pengacara Zulin Aziz dan Farhan Norzaini mengikat tali pertunangan malam tadi.

Majlis yang diadakan secara tertutup dan sederhana sekitar 9 malam tadi dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di kediaman abang Zulin di Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, mereka sepakat memilih untuk melangsungkan pertunangan selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.

Pada majlis berkenaan, Zulin menerima dua bentuk cincin merisik dan bertunang daripada tunangnya.

“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.

“Majlis pada malam ini juga diadakan serba ringkas. Malah atas permintaan keluarga kami hanya menjemput keluarga terdekat sahaja demi menjaga prosedur operasi standard ( SOP),” kata Zulin usai majlis selesai.

Ditanya mengenai Farhan yang berjaya memenangi hatinya sehingga terbuka hati untuk memilih lelaki itu sebagai teman sehidup semati, bekas penyampai radio Suria FM itu percaya Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai.

“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya,” katanya.

Pasangan tersebut menetapkan tempoh kurang dari sebulan untuk ikatan pertunangan dan merancang untuk berkahwin pada 20 Februari depan.

Mereka sepakat memilih tarik cantik tersebut kerana tidak mahu bertunang lama-lama dan mempercepatkan perkara yang baik.

Terdahulu, kisah keintiman pasangan ini mula dihidu sejak tahun lalu apabila Zulin berkongsi gambar bersama Farhan, 35 dalam Instagram.

Tanpa berselindung, Zulin sekitar Mac tahun lalu menerusi entri gambar berdua dalam Instagram yang dimuat naik turut berani memanggil Farhan dengan gelaran ‘baby’ pada ruangan kapsyen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI