fbpx

Sesak lebih 40km ke utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROSES mengalihkan treler yang terbabas di Kilometer 302.4, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kampar hari ini.

KAMPAR- Kemalangan sebuah treler yang terbabas di Kilometer 302.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini menyebabkan kesesakan sehingga lebih 40 kilometer.

Kejadian pada pukul 8.45 pagi itu mengakibatkan pemandu treler tersebut cedera ringan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila treler tersebut terbabas ke lorong kanan dan tersangkut di ‘railing’ pembahagi tengah jalan.

Katanya, pada masa sama, sebuah lori bergesel dengan treler itu namun kenderaan tersebut telah beredar dari lokasi kejadian.

“Akibat kemalangan itu, lorong kanan terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pengalihan treler berkenaan manakala lorong kiri dan lorong kecemasan dibuka untuk laluan kenderaan.

“Kenderaan awam yang tersangkut dalam kesesakan itu telah dilencongkan masuk ke Tapah dan masuk ke jalan lama (Jalan Ipoh-Kuala Lumpur),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohamad Nazri, lalu lintas di jalan lama terutama di Kampar sesak pada skala tiga per lima namun anggota trafik telah ditempatkan di sana bagi membuat kawalan dan melancarkan kesesakan.

“Beberapa jentera telah berada di lokasi bagi kerja-kerja mengalihkan treler itu yang mungkin mengambil masa beberapa jam,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI