fbpx

Remaja maut motosikal bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tercampak masuk ke dalam lori dalam kemalangan di Jalan Kahang Timur berhampiran Felda Kahang Timur, Kluang hari ini.

KLUANG – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori yang membawa muatan buah sawit di Jalan Kahang Timur, Felda Kahang Timur di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.18 petang itu, mangsa, Hanif Daniel Mohd. Tamrin, 17, maut di tempat kejadian selepas tercampak masuk ke dalam lori.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Noorhakim Nordin berkata, pemandu lori dikenali sebagai Zairulnizam Zainal Abidin, 39, cedera dan dihantar ke Hospita Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

“Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui Mers999 dan sebuah jentera FRT dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Seorang mangsa mengalami kecederaan dihantar EMRS ke hospital berhampiran, manakala seorang lagi mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi dan seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada lebih kurang 5.15 petang berikutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI