fbpx

PGA cekup penjual rokok seludup, minuman keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki warga Bangladesh ditahan dalam satu serbuan Ops Kontraban penyeludupan rokok dan minuman keras

SERDANG – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sebanyak 975 karton rokok dan 749 karton minuman keras pelbagai jenama selepas menahan dua lelaki warga Bangladesh dalam satu serbuan Ops Kontraban di Seri Kembangan semalam.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, serbuan dilakukan di sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan di kawasan perumahan di Taman Bukit Serdang.

Beliau berkata, menerusi serbuan tersebut, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Risik Briged Tengah PGA Cheras dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang turut berjaya menyita 374 botol minyak masak bersubsidi, dua buah jenis kenderaan dan dua buah telefon bimbit.

“Jumlah keseluruhan anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM1,006,844.60.

“Serbuan tersebut telah berjaya menahan dua lelaki warga Bangladesh berumur 30 dan 40 tahun.

“Serbuan ini telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran minuman keras dan rokok tidak bercukai di sekitar Seri Kembangan , Selangor yang menggunakan sebuah premis kediaman sebagai tempat penyimpanan stok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI