fbpx
Aliran trafik sesak di Lebuh Raya Utara-Selatan, KL-Karak pagi ini

Lebuh Raya Utara-Selatan, KL-Karak sesak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan serta Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) semakin sesak sejak pukul 8 pagi tadi ekoran pertambahan kenderaan pada hujung minggu.

Menerusi laporan trafik di laman web Lebuh Raya Malaysia (LLM), kenderaan dilaporkan bergerak perlahan bagi kedua-dua arah melibatkan dua lebuhraya tersebut.

Menurut LLM, terdapat kemalangan berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer (KM) 440.3 arah utara dari Sungai Buloh ke Rawang, namun tiada lorong yang terhalang.

“Selain itu, bagi arah yang sama trafik sesak di laluan Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng serta Bukit Tambun ke Juru.

“Bagi arah selatan, trafik mulai perlahan di lokasi Putra Mahkota menuju ke Nilai,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, jumlah kenderaan semakin meningkat di Lebuh Raya KL-Karak arah timur bagi laluan Gombak menyebabkan aliran trafik sesak.

Semalam, LLM menjangka jumlah aliran trafik di lebuh raya akan meningkat sehingga 4.6 juta kenderaan sehari sempena cuti hari minggu dan cuti Tahun Baharu Cina. – K! ONLINE

POPULAR