fbpx

Lebih RM355 juta bantu pembangunan usahawan termasuk terkesan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (dua dari kanan) menyampaikan replika cek kepada seorang penerima pada Program Usahawan Dan Koperasi Keluarga Malaysia di Sungai Besar hari ini.

SABAK BERNAM – Sejumlah RM355.83 juta diperuntukkan tahun ini bagi program pembangunan keusahawanan termasuk kepada usahawan terkesan banjir.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, setakat ini lebih 13,000 usahawan di kalangan mangsa banjir telah berada dalam radar untuk dibantu pihaknya.

Katanya, pelbagai agensi seperti Tekun Nasional, UDA Holdings, SME Corp, Bank Rakyat, SME Bank dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan berganding bahu memastikan usahawan yang terjejas kembali pulih dalam situasi yang mencabar ini.

“SKM contohnya telah memperuntukkan bantuan permulaan keseluruhan berjumlah RM1 juta kepada koperasi-koperasi yang terjejas akibat banjir.

“Nilai maksimum yang akan diberikan kepada setiap koperasi yang layak adalah sebanyak RM30,000.

“Selain itu, insentif Pengurangan Pemindahan Kumpulan Wang Rezab Statutori (KWRS) daripada 15 peratus kepada 8 peratus daripada untung bersih terauditnya selepas pelarasan operasi,” katanya ketika berucap pada Program Usahawan Dan Koperasi Keluarga Malaysia di Stadium Sungai Besar, di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI