fbpx

Kes aktif Covid-19 catat peningkatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes aktif di seluruh negara terus mencatatkan peningkatan kepada 50,030 kes semalam, menurut data pada laman web CovidNow.

Ia melibatkan 43,145 kes dikuarantin di rumah, 4,064 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,694 kes di hospital, 57 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 70 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Dalam masa sama, sebanyak 12 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini 31,952 kes serta tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,438 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Johor (3), Perak (3), Pahang (2), Sabah (2), Melaka (1) dan Selangor (1) serta tiada kematian di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI