fbpx

Amaran ribut petir di lapan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lapan buah negeri dan keadaan itu dijangka berlaku sehingga pukul 8 malam nanti.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Kulim dan Bandar Baharu di Kedah serta daerah Larut, Matang dan Selama, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim bagi negeri Perak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Hulu Selangor, Selangor, manakala di Negeri Sembilan, melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.

“Cuaca buruk yang sama diramalkan berlaku di keseluruhan kawasan negeri Melaka dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, bagi negeri Sarawak, hujan lebat serta ribut petir tertumpu di kawasan Kapit (Belaga) dan Limbang serta beberapa daerah di Sabah termasuklah Sandakan dan Kudat (Pitas).

“Amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI