fbpx

Loya nampak kelibat tikus di restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua ekor tikus di atas tempat pemotong ayam di restoran berkenaan.

PETALING JAYA – Kehadiran dua ekor tikus berada di atas tempat pemotong ayam mengundang rasa jijik dalam kalangan pelanggan restoran.

Kejadian menggelikan itu dikongsi menerusi video berdurasi 15 saat di aplikasi Tiktok.

Pengguna TikTik @ayuwho_ berkongsi rasa terkejut dan jijik apabila melihat dua ekor tikus di atas pemotong ayam.

Walaupun makanan yang dipesan wanita itu sudah habis dimakan, namun perasaan loya masih ada setelah melihat dua ekor tikus tersebut.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berasa khuatir sekiranya tikus tersebut kencing di kawasan tempat sajian makanan di restoran tersebut kerana air kencing tikus boleh membawa maut.

“Nampak kejadian seperti ini tolong buat laporan, bahaya kesihatan sendiri dan orang lain,” ujar @its.raaaaaaaa.

“Sebab itu saya kalau makan luar memang memilih. Mata tengok sekeliling bersih atau tidak. Bukan jaga keterampilan tapi memang memilih bab (kebersihan) kedai makan,” kata @damiahechter88 pula.

“Bahayanya, sebab tikus saya terkena jangkitan kuman. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu,” ujar @muslimah.90. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI