fbpx

Kerugian bencana banjir cecah RM6.1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Kerugian akibat bencana banjir melibatkan 11 negeri pada Disember lalu direkodkan sebanyak RM6.1 bilion bersamaan 0.4 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah kerugian tertinggi direkodkan adalah kediaman sebanyak RM1.6 bilion.

Selangor merekodkan jumlah kerugian terbesar iaitu sebanyak RM1.0 bilion.

“Tempat kediaman mengalami kerugian sebanyak RM1.6 bilion, RM1.0 bilion (kenderaan), RM0.9 bilion (pembuatan), premis perniagaan (RM0.5 bilion), pertanian (RM90.6 juta) dan aset awam serta infrastruktur sebanyak RM2.0 bilion,” katanya di sini sebentara tadi.

Sebelum ini, kerajaan menganggarkan kerugian awal akibat banjir di 50 daerah di seluruh negara mencecah RM6.5 bilion.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata, jangkaan itu berdasarkan dapatan awal Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah dan Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Bencana banjir yang melanda negara mengakibatkan kerosakan tempat kediaman, premis perniagaan, kenderaan, pertanian, pembuatan serta aset awam dan infrastruktur. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI