fbpx

Bekas pengetua maahad tahfiz didakwa lakukan amang seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizul (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas 15 tuduhan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki tahun lalu. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Seorang bekas pengetua sebuah maahad tahfiz di Batu Gajah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 15 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki, tahun lalu.

Tertuduh, Azizul Yahya, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Mengikut pertuduhan, Azizul yang masih bujang didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas lima remaja lelaki berusia 13 hingga 15 tahun sejak Februari hinggga Oktober 2021 di sebuah maahad tahfiz di Batu Gajah dekat sini.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a), 14(b) dan 14(d) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Azizul juga didakwa atas pertuduhan amang seksual bukan fizikal ke atas seorang mangsa dengan menunjukkan video lucah pada pukul 7.30 pagi, 18 Oktober 2021 di lokasi sama.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Syahrul Nizam Mohd. Rabi.

Terdahulu, Afiqa Liyana memohon tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh kerana mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan serius yang dilakukannya. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI