fbpx

Wanita lakukan suntikan besar otot punggung tiada tauliah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. AFP

TELUK INTAN – Wanita yang melakukan suntikan membesarkan otot punggung ke atas seorang lelaki yang ditemui mati dalam bilik sebuah hotel di sini kelmarin, bukan ‘pakar bedah’ kosmetik bertauliah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kandungan ubat yang digunakan untuk suntikan itu juga didapati tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, polis telah mengambil keterangan wanita berusia 46 tahun itu yang menjalankan perniagaan kecantikan termasuk beberapa individu lain.

Ahmad Adnan

“Kita telah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Cawangan Penguatkuasa Farmasi Perak untuk tindakan lanjut.

“Siasatan oleh pihak bertanggungjawab akan dijalankan setelah mendapat laporan kimia berkaitan kandungan bahan yang digunakan dalam suntikan itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes itu disiasat Bahagian Penguatkuasa Farmasi Perak mengikut Seksyen 13 (a) dan (b) Akta Racun 1952 yang boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali.

“Siasatan kes ini telah pun selesai di mana hasil bedah siasat mendapati punca kematian lelaki itu akibat paru-paru berair,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI