fbpx

Gunung berapi meletus di Tonga antara terkuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUNUNG berapi yang meletus di Tonga dikatakan antara yang terkuat selepas letusan Krakatau yang berlaku pada tahun 1883.

PENYELIDIK Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menganggarkan, kuasa letusan gunung berapi di Tonga baru-baru ini mencecah 10 megaton TNT.

Kuasa ini diakui 500 kali lebih kuat daripada bom nuklear yang dijatuhkan di Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua dahulu.

Ahli geofizik, Michael Poland berkata, letusan gunung berapi bawah air yang berlaku di Tonga dapat di dengar sehingga ke Alaska.

“Letusan ini dikatakan sebagai salah satu peristiwa paling dahsyat yang berlaku di bumi lebih satu abad.

“Peristiwa ini telah memusnahkan kawasan sekitar Tonga dan menyebabkan tsunami,” jelasnya.

Tambahnya, letusan itu juga mungkin ketusan paling kuat sejak letusan gunung berapi Krakatau di Indonesia yang berlaku pada 1883.

Letusan di Krakatau itu telah mengeluarkan begitu banyak abu sehingga menyebabkan sebahagian besar kawasan di situ berada dalam kegelapan sepenuhnya untuk satu tempoh lama.

Dalam pada itu, saintis di Pusat Penerbangan Luar Angkasa Goddard NASA, James Garvin berkata, pihaknya mendapati, letusan gunung berapi di Tonga itu dengan 10 megaton TNT.

“Saya percaya, letusan gunung berapi terburuk di Bumi mungkin sudah berakhir sekurang-kurang buat masa ini selepas kejadian ini.

“Letusan gunung berapi di masa lalu sama seperti ini. Kita tidak akan mengalami ledakan lagi,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI