fbpx

Wanita kena tinggal semasa temu janji kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar makanan yang dipesan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki cabut lari selepas berjumpa dengan seorang wanita buat kali pertama di sebuah restoran yang agak mahal mengundang tanda-tanya.

Menerusi video berdurasi 17 saat yang dikongsikan di apklikasi Tiktok, @helomilo berkata, sudah lebih satu jam dia menunggu lelaki tersebut, namun pemuda tersebut tidak kunjung tiba.

Lelaki itu dikatakan mahu mengambil barang di dalam kereta sebelum menghilangkan diri sehingga makanan yang sudah dipesan sampai di meja.

Difahamkan, lelaki itu turut menyekat wanita tersebut di laman Instagram.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai menjelaskan lelaki tersebut mempunyai alasan yang tersendiri membuat demikian.

“Pada pendapat saya temu janji pertama biar lelaki yang buat keputusan di mana (lokasi) dan makan apa. Ikut dompet (kemampuan) dia, selepas itu fikir semula untuk teruskan atau tidak,” ujar @deeebaa.

“Kalau nak tolak pun, sepatutnya habiskan dahulu temu janji pertama ini. Cara ni boleh buat orang trauma tak nak keluar temu janji,” kata @azrieidzmeer.

“Lain kali lepak mamak senang, tak semua orang berduit, mungkin bila diajak makan tempat macam ni (restoran mahal) lelaki tu risau tiada duit,” ujar @shah01274. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI