fbpx

Lelaki berlagak samseng lepas gagal potong barisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kereta perdana dan lelaki yang berlagak samseng.

PETALING JAYA – Seorang lelaki bertindak ala samseng selepas dikatakan tidak berpuas hati setelah gagal memotong barisan sebelum mengekori kenderaan yang tidak memberikannya laluan di lorong berkenaan.

Berdasarkan video berdurasi dua minit 19 saat dikongsikan di Twitter, @vicenzolorenzo menunjukkan satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan kereta jenis Proton Perdana cuba menyelit masuk ke lorong kenderaan lain semasa lampu isyarat berwarna merah.

“Sudahlah mahu potong barisan di lampu isyarat, lepas itu halang kereta orang sesuka hati seperti mahu bergaduh,” katanya.

Pemandu kenderaan itu bagaimanapun tidak memberi peluang menyebabkan lelaki tersebut terpaksa ke tepi sedikit sebelum berjaya memasuki laluan kenaan.

Lelaki tersebut kemudian, mengekori mangsa yang ketika itu mahu menghantar rakannya pulang di sebuah kawasan perumahan dan berhenti di hadapan kereta mangsa.

Walau bagaimanapun, lelaki itu melarikan diri selepas mengetahui mangsa akan ke balai polis .

Susulan perkongsian itu, pengguna media sosial berasa marah dengan tindakan lelaki tersebut.

“Kadang-kadang orang macam ini mempunyai tekanan hidup atau guna jalan raya untuk tunjuk hebat sebab kehidupan sebenar yang tak semenggah,” ujar @aiwawa_.

“Dah buat salah mengaku je la nanti tak pasal-pasal masuk penjara,” jelas @zid2442. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI