fbpx

PRN Johor: Bersatu bermesyuarat esok atau lusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tosrin memberikan sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan Tahun Baru Cina di Dewan Raya Putra, Kulai, Johor hari ini.

KULAI – Mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri melibatkan 26 ketua bahagian bagi membincangkan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta pembahagian kerusi dijangka akan diadakan esok atau lusa.

Ketua Bersatu Bahagian Kulai, Tosrin Jarvanthi berkata, mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan memutuskan perincian penting mengenai PRN.

Tambahnya, lokasi mesyuarat itu akan diadakan masih belum diputuskan setakat ini.

Katanya, sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan pada Sabtu lalu, pucuk pimpinan parti masih belum memohon nama calon-calon secara rasmi.

“Setakat ini, kami belum menerima sebarang petunjuk atau surat rasmi daripada pucuk pimpinan parti untuk kemukakan nama calon.

“Jadi, kita menunggu amanat yang akan diberikan Presiden Bersatu termasuk soal pembahagian kerusi. Selepas itu, barulah saya akan mengadakan mesyuarat di peringkat bahagian Kulai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program penyerahan bantuan Tahun Baru Cina oleh Yayasan Sejahtera Kulai dan Majlis Perbandaran Kulai di Dewan Raya Putra, Bandar Putra di sini hari ini.

Menurut sumber parti, mesyuarat berkenaan dijangka akan diadakan di ibu negara dan bukannya di negeri ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI