fbpx

Malaysia negara paling tinggi obes di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amalan gaya hidup sihat setiap hari mampu mengurangkan berat badan seseorang. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kadar obesiti negara ini adalah tertinggi di Asia Tenggara iaitu sebanyak 15.6 peratus.

KKM memberitahu, jumlah itu mengatasi Brunei yang mencatatkan 14.1 peratus dan diikuti Thailand 10 peratus dan dan Indonesia sebanyak 6.9 peratus.

Menurut KKM, data tersebut diambil berdasarkan Laporan Semakan Populasi Dunia 2019.

Dalam pada itu, KKM juga memberitahu, menerusi Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada tahun 2019, kira-kira 50.1 peratus rakyat negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Berdasarkan data itu juga, satu dalam setiap dua rakyat dewasa negara ini sedang mengalami masalah obesiti.

Jelas KKM, prevalen berlebihan berat badan dalam kalangan orang dewasa adalah 30.4 peratus pada tahun 2019 dan ia me­ningkat secara mendadak sejak 1996.

“Bermula 1996, peratusan obesiti hanya 4.4 peratus dan ia meningkat lebih tiga kali ganda dengan menjadi 14 peratus pada tahun 2006 dan terus meningkat kepada 17.7 peratus pada 2015. Pada tahun 2019 pula mencatatkan 19.7 peratus.

“Tinjauan turut menunjukkan peningkatan prevalen diabetes dalam kalangan orang dewasa iaitu daripada 11.6 peratus pada tahun 1996 kepada 15.2 peratus pada 2006 dan 17.5 peratus pada tahun 2015, manakala pada tahun 2019 naik kepada 18.3 peratus,” kata KKM.

Sementara itu, berdasarkan NHMS 2019 juga, kira-kira 3.9 juta penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas mempunyai pe­nyakit diabetes.

“Prevalen diabetis paling tinggi dikesan di Negeri Sembilan iaitu kira-kira 33.2 peratus.

“Ia kemudian diikuti di Perlis sebanyak 32.6 peratus dan Pahang pula mencatatkan seba­nyak 25.7 peratus,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI