fbpx

LTdL 2022 sah tunda pada Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN LTdL terpaksa ditunda ke bulan Jun selepas memikirkan mengenai risiko kesihatan ekoran penularan varian Omicron Covid-19.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bahawa penganjuran Le Tour de Langkawi 2022 (LTdL 2022) ditunda ke bulan Jun tahun ini berikutan kebimbangan akibat penularan wabak Covid-19 terutama kemunculan varian baharu omicron yang menyerang seluruh dunia.

Ketua Pengarah KBS, Mohd. Azhari Mohammad berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima permohonan rasmi daripada syarikat penganjur, Human Voyage Sdn. Bhd. untuk menunda kejohanan tersebut pada 18 hingga 26 Jun 2022. 

Semalam, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyatakan kembimbangan penganjuran LTdL dan sikap “acuh tak acuh” KBS ketika saingan tersebut sepatutnya bermula pada 3 Mac ini.

“Antara justifikasi penangguhan tersebut ialah peningkatan kes Covid-19 yang mendadak dan membimbangkan melibatkan penularan varian Omicron di seluruh dunia.

“Kedua ialah keperluan untuk menjalani kuarantin wajib terutamanya bagi individu dari negara yang disenaraikan berisiko varian Omicron oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ketiga, perlu melakukan penstrukturan semula strategi pemasaran dan pengkomersialan termasuklah melibatkan hak siaran agar tidak bertindih dengan kejohanan di Eropah,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, KBS turut menjelaskan bahawa pihaknya akan mengadakan mesyuarat pada Khamis ini bagi mencari titik persefahaman yang turut melibatkan PKBM.

“Mesyuarat ini akan turut melibatkan PKBM selaku badan induk kebangsaan serta pihak syarikat untuk bersama berbincang dan mencari titik persefahaman dengan mengambil kira kepentingan kejohanan dan penilaian risiko kesihatan awam.

“KBS ingin jelaskan yang penganjuran Kejohanan LTdL 2022 adalah komitmen KBS selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai destinasi acara sukan antarabangsa dan di masa yang sama memberi keutamaan kepada kepentingan kesihatan awam,” tambahnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI