fbpx
Koleksi gambar yang dikumpulkan oleh Nelwin setiap kali melawat lokasi komik TinTin yang wujud di dunia sebenar. - Facebook

Lelaki keliling dunia jejak lokasi sebenar dalam komik TinTin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang peminat kartun TinTin dari Indonesia menjadi popular sekelip mata apabila pengalamannya mengelilingi dunia bagi mencari lokasi serupa dalam komik itu tular di media sosial.

Menurut laporan portal Mothership Sg, Nelwin Aldriansyah yang merupakan peminat tegar karakter TinTin, telah mengembara ke 31 lokasi di 18 negara yang dipaparkan dalam komik klasik berkenaan.

Dia memuat naik momen perjalanannya ketika tiba di lokasi-lokasi tersebut di laman facebook dengan menyuntingnya bersebelahan babak-babak yang ada dalam komik.

“Pada 2014, saya mula menyedari bahawa banyak lokasi yang dipaparkan dalam komik TinTin adalah lokasi sebenar yang wujud di dunia kita dan bukan rekaan semata-mata 

“Bermula 2016, saya mula menjejaki setiap lokasi yang pernah dilawati  TinTin dan benar-benar wujud di dunia nyata,” jelas Nelwin.

Meskipun pengembaraan Nelwin kini terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19, dia masih menyimpan harapan untuk melawat beberapa lagi lokasi dalam senarainya seperti  Shanghai dan Lhasa (China), Cheverny (Perancis), dan juga kawasan sekitar Belgium iaitu negara asal TinTin. – Agensi

POPULAR