fbpx

Wanita letak syarat anak berjalan 12,000 langkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut mendakwa bahawa dia tidak memaksa anaknya untuk berlari menggunakan mesin ‘treadmill’ tersebut. – TikTok

LONDON – Seorang wanita dikecam netizen kerana mengarahkan anaknya untuk berjalan sebanyak 12,000 langkah sehari sebagai syarat untuk dia dibenarkan bermain permainan video ketika hujung minggu, lapor akhbar The Sun semalam.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman TikTok, wanita tersebut merakam situasi anak lelakinya yang sedang berjalan di atas mesin ‘treadmill’ bagi mencapai sasaran harian yang ditetapkan.

“12,000 langkah sehari untuk bermain permainan video ketika hujung minggu,” tulis wanita itu pada keterangan video.

Hantarannya itu menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial menyelar tindakannya yang dianggap sebagai keterlaluan.

“Pergi berjalan-jalan dengan anak anda di taman, dan bukannya melakukan tindakan ini,” kata seorang netizen.

“Kanak-kanak itu akan bercakap mengenai perkara ini ketika menjalani sesi terapi nanti,” kata seorang lagi netizen.

Komen-komen tersebut kemudiannya dibidas wanita berkenaan yang mendakwa bahawa anaknya sendiri meminta untuk menggunakan mesin senaman tersebut.

“Saya tidak memaksanya untuk menggunakan ‘treadmill’, namun jika dia ingin bermain permainan video, dia perlu kekal aktif.

“Bagi sesiapa yang berasa marah, dia (anak) tidak berjalan di atas mesin ‘treadmill’ setiap hari. Mereka boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan tidak perlu menggunakannya jika enggan bermain permainan video,” tegas wanita tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI