fbpx

Tun Mahathir dirawat di CCU, IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengamal media berkumpul di hadapan IJN bagi mengikuti perkembangan semasa kesihatan Tun Mahathir. - Foto oleh AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap bekas Perdana Menteri selepas diminta mengulas mengenai situasi semasa kesihatan Tun Dr. Mahathir.

“Tun Dr. Mahathir sedang menerima rawatan di CCU, IJN hari ini.

“Setakat ini, tiada pelawat dibenarkan melawat kecuali ahli keluarga terdekat dan kenyataan akan dikeluarkan apabila keadaan mengizinkan,” katanya di sini hari ini.

Berita berkaitan: Dakwaan kesihatan Tun M merosot, pengamal media berkampung di IJN

Berita berkaitan: PM hadir melawat Tun M di IJN

Berita berkaitan: Tun M sekali lagi dimasukkan ke IJN 

Pada 16 Disember tahun lalu, Tun Dr. Mahathir telah dimasukkan ke IJN buat kali pertama bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan keluar hospital kira-kira seminggu kemudian.

Beliau bagaimanapun dimasukkan semula IJN untuk kali kedua pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif di hospital berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI