fbpx

Hanya tunggu kelulusan insurans, doktor biar anak kekejangan tiga kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian seorang pengguna yang kesal dengan perkhidmatan pihak insurans menyebabkan anaknya lewat dirawat.

PETALING JAYA – Kehidupan kian mencabar ketika ini menjadikan masyarakat mula meyedari keperluan insurans perubatan yang dikatakan sebagai pilihan plan perlindungan penting dalam menghadapi sebarang musibah di masa akan datang.

Namun, tidak dinafikan, ada juga beberapa konflik dan masalah yang sering timbul apabila ejen insurans gagal dihubungi ketika waktu kecemasan sehingga menyebabkan kesusahan kepada pengguna.

Situasi ini menjadikan proses tuntutan mengambil masa yang lama sehingga menyulitkan keadaan terutamanya apabila melibatkan rawatan segera di hospital.

Seorang pengguna media sosial @CikZazaa769 berkongsi kisah pengalamannya apabila dua orang anaknya terpaksa menunggu lama di hospital untuk mendapatkan rawatan.

Lebih menyedihkan, apabila doktor tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan kelewatan pihak insurans yang gagal memberikan kelulusan dengan segera.

Menurut wanita itu, selepas merayu agar anak perempuannya dirawat segera disebabkan keadaannya yang semakin tenat, akhirnya pihak hospital langsung menjalankan tanggungjawab mereka memeriksa anaknya setelah empat jam menunggu.

Jelasnya lagi, situasi yang sama turut berlaku kepada anak lelakinya apabila doktor tidak boleh memberikan rawatan dengan kadar segera dan perlu menunggu prosedur pengesahan dahulu.

Katanya, anaknya ketika itu sedang mengalami kekejangan sebanyak tiga kali dan sebagai seorang ibu pastinya akan sedih melihat keadaan anak menahan sakit.

Susulan dari kejadian yang berlaku, dia turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa memastikan wang simpanan cukup terutamanya bagi kegunaan kecemasan dan tidak terlalu bergantung kepada plan perlindungan yang digunakan semata-mata untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Sementara itu, rata-rata pengguna yang lain turut bersetuju dengan saranan wanita itu dan berang dengan tindakan pihak ejen insurans yang membuat kerja sambil lewa.

“Insurans mana awak ambil, siapa ejen yang uruskan, supaya orang lain boleh berhati-hati sebab soal nyawa bukan boleh buat main,” kata Afza Ktn.

Selain itu, seorang lagi pengguna turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir ejen insurans yang gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Salah satu risiko ambil insurans adalah dapat ejen yang lambat dan tak bertanggungjawab, semoga anak-anak awak cepat sihat,” ujar Teh Samrose.

“Betul tu, orang sekarang kena ada duit simpanan untuk kecemasan, sebab kita tak tahu akan datang musibah apa perlu kita lalui,” kata Queen Lily. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI