fbpx

16 kematian dilaporkan akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 16 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 31,869 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID 6,427 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Selangor (4), Sabah (3), Pulau Pinang (2), Negeri Sembilan (2), dan masing-masing satu di Johor, Kedah, Kelantan, Perak juga Kuala Lumpur serta tiada kematian di Melaka, Pahang, Perlis, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 42,843 kes aktif melibatkan 35,554 kes dikuarantin di rumah, 4,278 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,862 kes di hospital, 78 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 71 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI