fbpx

Isteri patah hati suami curang dengan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu memberitahu bahawa hatinya remuk selepas mendapat tahu mengenai orientasi seksual suaminya. – Google

JAKARTA – Seorang wanita di  Indonesia berkongsikan rasa kecewanya apabila ‘menangkap’ suaminya sedang curang bersama seorang lelaki di atas katil di rumah mereka sendiri, lapor laman berita Berita Hits kelmarin.

 Berdasarkan beberapa ciapan di Twitter, wanita yang identitinya tidak didedahkan itu memberitahu bahawa hatinya remuk selepas mendapat tahu mengenai orientasi seksual suaminya itu.

Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati bahawa suaminya sedang berdua-duaan bersama teman lelakinya di atas katil di rumah mereka yang dibeli dengan hasil wang gajinya sendiri.

“Mereka berdua-duaan di atas katil yang dibeli menggunakan duit gaji saya,” katanya.

Tambah wanita berkenaan, dia berasa lega kerana ketika kejadian, anaknya yang berusia sembilan tahun berada di rumah ibunya dan tidak mengetahui perkara tersebut.

“Syukurlah anak perempuan saya yang berusia sembilan tahun berada di rumah neneknya kerana dia tidak melihat saya menangis pada pagi hari kejadian,” ujarnya.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai keadaannya dan suami  selepas kejadian itu.

Hantaran tersebut menjadi tular dengan netizen membanjiri ruangan komen.

“Paling benci dengan orang yang curang kerana walau apa pun alasan, tindakan mereka itu memang menjijikkan. Anda layak menerima orang yang lebih baik daripada dia. Semoga anda dan anak mendapat kebahagiaan yang lebih baik,” kata seorang pengguna.

“Saya tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan kamu. Saya tidak akan menyuruh kamu bersabar kerana tidak berada di tempat kamu, namun semoga kamu diberikan semangat yang kuat,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI