fbpx

Sita empat lori buang sampah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi lori yang membuang sampah secara haram di sekitar Klang.

KLANG – Kegiatan pembuangan sampah secara haram di dua buah lokasi sekitar daerah ini sejak empat bulan lalu terbongkar menerusi penyitaan empat buah lori, semalam.

Pembongkaran itu hasil intipan dilakukan Majlis Perbandaran Klang (MPK) hampir tujuh jam bermula pukul 7 pagi di Jalan Abd. Samad 2, Kapar dan Jalan Jeti, Pandamaran.

Pengarah Perkhidmatan Persekitaran MPK, Zaireezal Ahmad Zainudin berkata, operasi itu hasil maklumat awam diterima berhubung berhubung aktiviti tidak bertanggungjawab berkenaan.

Katanya, hasil intipan kemudiannya mendapati terdapat empat buah lori dipandu lelaki berusia 35 hingga 45 tahun melakukan aktiviti pembuangan di dua lokasi tersebut.

“Kita kemudiannya telah melakukan penyitaan dibawah kesalahan Undang undang Kecil 21 Pembuangan , pelupusan dan pemungutan sampah MPK 2007.

“Semakan mendapati kesemua lori itu pernah disita sebanyak dua kali pada 2019 dan tahun lalu seterusnya menunjukkan tidak serik melakukan kesalahan sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menambah, berdasarkan siasatan lokasi tersebut telah dijadikan tapak pembuangan sampah haram sejak Oktober tahun lalu.

Jelas Zaireezal, sampah-sampah yang dibawa lori pula dipercayai dari sekitar dan luar daerah ini.

“Lori-lori terbabit telah dibawa ke stor Pejabat Penguatkuasa MPK untuk tindakan selanjutnya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sampah haram boleh menghubungi Jabatan Penguatkuasa MPK di talian 0333701095,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI