fbpx
Procter & Gamble Co. Tide brand laundry detergent sits on display in a supermarket in Princeton, Illinois, U.S., on Wednesday, Oct. 23, 2013. Procter & Gamble Co., the worlds largest consumer-products maker, said fiscal first-quarter profit rose 7.6 percent as sales of home-care goods and baby products gained. Photographer: Daniel Acker/Bloomberg via Getty Images

Sabun pencuci naik harga di Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Syarikat gergasi barangan pengguna berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Procter&Gamble (PG) mengumumkan kenaikan harga untuk beberapa jenama sabun pencuci baju keluarannya sebanyak lapan peratus, lapor stesen televisyen CNN, kelmarin.

Antara jenama yang terlibat dengan kenaikan harga itu  adalah Tide and Gain, pelembut fabrik Downy dan pengering cadar Bounce.

Jika peruncit memutuskan untuk tidak menanggung mana-mana kenaikan tersebut, kos tersebut akan ditanggung oleh pembeli.

Harga barangan asas AS meningkat tujuh peratus pada Disember tahun lepas, kenaikan harga paling tinggi dalam tempoh 39 tahun.

P&G berkata, pihaknya terpaksa menaikkan harga untuk mengimbangi beberapa tekanan kos, termasuk pengangkutan, buruh dan komoditi yang digunakannya untuk mengeluarkan produknya.

“Pasaran pengangkutan dan buruh semakin mengecil disebabkan pandemik Covid-19, namun keperluan dan ketersediaan bahan asas masih perlu dikekalkan di tahap sama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif P&G, Jon Moeller.

P&G menghasilkan banyak jenama yang paling dikenali oleh isi rumah di AS seperti Gillette, Charmin, Bounty, Pampers dan Crest. – Agensi

POPULAR