fbpx

Pengarah direman 4 hari kemuka dokumen palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengarah direman empat hari selepas disyaki membuat tuntutan palsu RM45,000 berhubung pembayaran balik minyak masak sawit tulen.

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah syarikat ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengemukakan dokumen palsu berhubung tuntutan berjumlah lebih RM25,000 kepada sebuah kementerian di Putrajaya.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret, Tiffany Chin Phin Yuan selepas membenarkan permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Suspek wanita yang berusia 47 tahun itu ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan yang dijalankan ke atasnya.

Semalam, akhbar melaporkan SPRM Johor telah menahan pengarah syarikat terbabit kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu berhubung tuntutan berjumlah lebih RM25,000 kepada sebuah kementerian.

Menurut sumber, wanita berkenaan ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru pada pukul 2 petang selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek mengemukakan dokumen palsu kepada sebuah kementerian di Putrajaya bagi proses tuntutan pembayaran balik subsidi minyak masak sawit tulen.

Suspek difahamkan telah mengemukakan dokumen palsu berbentuk invois dengan menggunakan nama syarikat lain kepada kementerian terbabit bagi proses tuntutan tersebut, sepanjang tahun 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI