fbpx
Long Tiger dikawal ketat oleh anggota polis JSJ semasa dibawa ke Mahkamah Tangkak, Johor hari ini.

Long Tiger dijel 12 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK – Tindakan lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger melarikan diri dari tahanan mengundang padah apabila dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Majistret, Zaridah Y Abdul Jaapar selepas tertuduh, Abdul Hamim Ab Hamid, 33, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Dalam pendakwaannya, Zaridah turut memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 28 Disember 2021 di Penjara Kluang.

Mengikut pertuduhan, Abdul Hamim didakwa dengan sengaja melarikan diri daripada jagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mana tertuduh telah ditahan secara sah di sisi undang-undang atas kesalahan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Mahkamah Majistret Tangkak di sini, kira-kira pukul 11.55 pagi, pada 15 Disember 2021.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau keduanya sekali.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melarikan diri daripada lokap mahkamah dengan menggunakan alasan untuk membuang air besar dan telah meminta anggota polis yang ditugaskan untuk membuka gari.

Tertuduh kemudiannya mengambil kesempatan untuk melarikan diri ketika melibat pintu sel tidak berkunci dan bertindak melarikan diri keluar dengan menghala ke pintu utama mahkamah.

Ketika melarikan diri, tertuduh juga telah dikejar beberapa anggota polis, namun berjaya lolos dengan bersembunyi di kawasan semak-samun berhampiran mahkamah sebelum berjaya melarikan diri ke Sungai Petani, Kedah.

Pendakwaan dikendalikan, Pengarah Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyum Rahman.

Sementara itu, tertuduh pula diwakili peguam, Datin Freda Josephine Gonzales dan Muhammad Hariz Md. Yusoff.

Terdahulu, mahkamah turut menetapkan tarikh 14 dan 16 Februari depan bicara bagi empat kes lain yang dihadapi tertuduh iaitu Seksyen 388, 342, 506 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tangkak.

Long Tiger juga berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol di Mahkamah Muar.-K! ONLINE

POPULAR