fbpx
GAMBAR jari Wany Hasrita yang menimbulkan banyak tanda tanya dan mengundang ucapan tahniah daripada netizen.

Jari bentuk hati Wany Hasrita berbau nasi minyak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK pernah dibuat! Itulah yang terdetik dalam apabila gambar jari menunjukkan simbol bentuk hati mini dihujani ratusan ucapan tahniah.

Namun, begitulah situasi yang berlaku kepada penyanyi manis Wany Hasrita baru-baru ini selepas memuat naik sekeping foto jarinya dengan bentuk hati mini dan menjadi bahan salah tafsir banyak pihak.

Rata-rata menyifatkan foto tersebut sebagai satu bayangan bahawa Wany akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Kagum betul Mizz Lahar dengan netizen hari ini, gambar jari saja sudah boleh hidu bau nasi minyak.

Mungkin juga disebabkan kapsyen fotonya: “Selamanya, awak”

“Bau nasi minyak ni,” teka seorang pengikut Instagramnya.

“Bakal berkahwin, tahniah Wany,” komen netizen.

Alahai adakah bentuk hati mini itu ditujukan untuk si kekasih dan khabarnya akan mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat? Banyak sungguh tanda tanya daripada foto tersebut.

MIZZ LAHAR: Masih ada yang mempertikaikam kelayakan Aliff Aziz sebagai calon akhir GV8, entahlah.

POPULAR